Wednesday, March 02, 2005

DI ANTARA BUNGA

DIANTARA BEBUNGA

Bunga di pasu
nampak cantik dan wangi
rezeki kumbang

Bunga di sanggul
hiasan si pengantin
tatapan orang

Bunga di hutan
tak siapa peduli
layu sendiri

Bunga di hati
Sentiasa mewangi
hingga akhirnya.

Abdullatip
Jelebu
13.11.2003

SEKUNTUM BUNGA

BUNGA DEDALU

Bunga dedalu
cantik dipandang mata
Mana wanginya?.

abdullatip
Jelebu
13.11.2003

BUNGA

BUNGA PLASTIK

Si bunga plastik
hiasan ruang tamu
ramai keliru

Si bunga plastik
megah di ruang tamu
tak tahan lama.

Si bunga plastik
Dulu di ruang tamu
Dah jadi debu

Abdullatip
Jelebu
14.11.2003

LAILATUR QADAR

LAILATUR QADAR

Memohon ampun
Malam ganjil Ramadan
Lailatur Qadar.

Rahmat mencurah
Pahala digandakan
Seribu bulan

Al Qudus turun
Sibuk mencatat amal
Sampai ke pagi.

Abdullatip
Malam ke 23 Ramadan.

SENYUM PERANTAU

Senyum perantau
tersirat kesedihan
Di hari raya

Abdullatip
Jelebu
28.11.2003

Thursday, December 30, 2004

STUNAMI DAHSYAT

TSUNAMI

Taufan menderu

Lenyap sekelip mata

Pantai berubah

Ombak bergulung

Paksi bumi berubah

Kampung tenggelam

Bangunan runtuh

Mayat bergelimpangan
Tsunami dahsyat

abdullatip
30.12.2004.


Wednesday, December 29, 2004

HESCOM2004

HESCOM2004

Menjelang hescom
Singgahsana nan indah
siapa haijin?

Malam gemilang
Gemuruh tepuk tangan
Ucap tahniah!.

abdullatip
24.12.2004

SAHABAT

SAHABAT

Senyum sahabat
penuh kasih dan sayang
tiada dendam.

senyuman mesra
erat persahabatan
jangan terluka

senyum sahabat
bersalam bila jumpa
penyejuk jiwa.

abdullatip
27.9.2004..

JELEBU

Jerebu hilang
Hujan turun mencurah
Selamat datang.

Malam puisi
Pelbagai persembahan
Hotel Sri Klawang

Buku dilancar
YB dijemput datang
Esastera.com

Abdullatip
Jelebu
2.7.2004


KEKASIH

BUAT KEKASIH

kasih terpendam
setelah diluahkan
bertepuk tangan.

kasih sejati
ketika berjauhan
hati merindu

Kasih kekasih
Teman suka dan duka
simpan di hati.

ABDULLATIP
15.2.2004


TSUNAMI DAHSYAT

TSUNAMI

Taufan menderu

Lenyap sekelip mata

Pantai berubah

Ombak bergulung

Paksi bumi berubah

Kampung tenggelam

Sedih di hati

Mayat bergelimpangan
Tsunami dahsyat

abdullatip
30.12.2004.


Friday, July 30, 2004

Santubong





 

Menjulang awan
Panduan kapal dagang
Jauh di mata.


Laut nan tenang
Burung terbang ke sarang
Damai di hati.


Pohon melambai
Angin bertiup kencang
Musim berubah.


Abdullatip
30.7.2004

Wednesday, July 28, 2004

TEST

TEST

Sunday, July 18, 2004

Dusun Durian





 

                                  Dusun durian
                        Sungai mengalir tenang
                                   Damai di hati


abdullatip
19.7.2004 


 


 

Saturday, July 17, 2004

Rumah Idaman





 

               Rumah idaman
               Ribut petir melanda
               megah berdiri


                    Abdullatip
                    17.7.2004.

Bunga Di Hati





 

Sekuntum bunga


Sekuntum bunga
Mekar wangi di hati
memendam rasa


Bunga di hati
Kelopaknya berseri

Pilihan hati.


Abdullatip
15.7.2004


17.7.2004.